Followers

Tuesday, April 17, 2012

Adab ketika berjimak



Penting untuk anda tahu adab ketika berjimak:
Watak atau keperibadian ibu bapa, masa dan ketika melakukan jimak akan memberi kesan terhadap peribadi anak yang bakal dilahirkan kelak.
Jika kita membaca doa ketika hendak melakukan jimak dan mengikut adab-adab yang baik ketika hendak melakukan jimak maka syaitan tidak akan menganggu dan ini akan mengelak anak kita dari pengaruh jahat.
Doa ketika berjimak:
” Ya Allah Ya Tuhanku! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan dari rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami”
Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim
Adab-adab berjimak:
* Membersihkan diri sebelum hubungan
* Pilih masa dan tempat yang selesa, bersih dan jauh dari gangguan keluarga
* Berwuduk
* Tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar
* Menutup badan
* Melakukan hubungan dengan lembut dan mesra
* Mencuci kemaluan dan berwuduk sekiranya ingin melakukan jimak kali seterusnya
* Tidak melakukan pada bulan ramadhan, masa isteri datang bulan atau berjimak melalui dubur
* Elak melakukan aksi atau posisi yang boleh memudaratkan
* Pasangan berada dalam kesihatan lahir dan batin yang baik
* Jaga kebersihan diri sebelum dan selepas berjimak
* Berehat selepas melakukan jimak
* Kemudian bersiap untuk membersihkan diri dan solat subuh apabila masuk waktu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...