Tatu adalah tradisi yang masih diamalkan oleh masyarakat dayak. Ia merupakan sebahagian tradisi dan penghargaan terhadap kemampuan seseorang.
Secara religi, tatu bermakna "obor" yang bermaksud penarang dalam perjalanan seseorang menuju alam keabadian setelah kematian.
Sedikit tentang tatu yang dibuat:
Bagi suku kaum di perbatasan Kalimanta dan di Sarawak, tatu di sekitar jari tangan menunjukkan suku
suka menolong orang seperti bomoh.
Semakin banyak tatu semakin banyak memberi penolongan atau mengubat orang.
tersebut sering mengembara
Motif yang lazim bagi suku kaum dayak Kenyah ialah burung enggang.
Dayak Iban, suku dan keturunan ditatu mengikut sesuatu yang hidup di angkasa.
Tatu juga dikaitkan dengan tradisi menganyan, iaitu memengal kepala musuh.
Tatu di kaki dan tangan bermaksud, menghindar dari roh jahat dan selalu dalam lindungan Tuhan
Perempuan dayak yang memiliki tatu di paha bermaksud memiliki status
sosial yang tinggi dan
biasanya dilengkapi gelang dibawah betis.
Tatu di atas lutu dan melingkar hingga betis menyerupai ular sebenarnya anjing jadian atau tuang buvong
asu.
Bagi dayak Kayan, 3 tatu yang biasa dibuat ialah
Tedak kassa- seluruh kaki, dibuat stelah dewasa
Tedak usuu- seluruh tangan
Tedak hapii- seluruh paha
Bagi dayak Kenyah, perempuan akan membuat tatu selepas haid. Tatu dibuat dengan upacara adat di rumah khas. Semasa pembuatan, perempuan tersebut tidak dibenarkan keluar dari rumah. Seluruh keluarga diwajibkan menjalani pantang larang untuk menghindari bencana kepada keluarga dan perempuan tersebut.
Secara tradisional tatu dibuat mengguna duri buah jeruk yang panjang. Tetapi mengikut perkembangan zaman jarum telah digunakan. Tetapi bahan yang tidak berubah ialah menguna jelaga dari periuk yang berwarna hitam.